Thursday, December 16, 2010

Aku, FaceBook dan Games!

Ok hari ni aku nak citer pasal FB, FV, CV, Typing Maniac dan bermacam2 games lagi didalamnya.

Aku memang giler games since sekolah menengah. atas sebab giler games jualah aku pilih Sc Comp untuk first degree aku walaupun mendapat tentangan yang hebat dari abah, mak dan arwah nenek yang beria2 suruh aku jadi doktor. (aku paling ngeri nak cucuk atau nak kerat orang!)

aku diperkenalkan dengan FB pada tahun 2008, kononnya masa tu nak share gambar masa reunion SEMESTI di Sunway Lagoon. dari situla aku aktif ngan FB dan aku tak ingat sapa yang invite aku tuk join FV (Farm Ville) dan seterusnya World Cafe dan terkini City Ville, sumer games2 yang menepati citarasa aku.

aku tak fanatik sangat ngan FB. kadang2 komen jugala aktiviti2 kawan atau share apa yang aku fikir di FB. tapi aku sangat addicted dengan games yang ditawarkan di sana. sangat giler hingga sanggup bangun kul 3 pagi semata2 nak tuai hasil ladang. kalau lambat nanti layu plak. juga sanggup marah2 ngan anak2 sebab kacau aku nak berkoperasi di FV. bila waktu tido aku tak menentu mulalah aku rasa penat, letih dan marah2.. sian anak2 aku tak pasal2 kena marah.

so mulai hari yang indah ini, hari khamis 10 muharram aku berazam tuk tidak begitu giler bermain games. maybe aku patut bersederhana dalam segalanya, membahagikan kasih sayang seadilnya antara FB, FV, anak2, suami dan career.....

*maknanya aku masih nak teruskan FV..hehe

No comments: