Friday, December 24, 2010

Berhemah la di jalan raya....

assalamualaikum... aku suka Jumaat. I've falling in love with Friday.

abis part set induksi, hari ni aku nak citer pasal kereta yang diloweredkan (betul ke idak ejaan aku tu). Penulisan ari ni diilhamkan oleh pemilik kereta jenis ini. Pagi tadi masa aku nak kuar simpang jalan adala sebiji keta yang meluru ngan lajunya macam tak nak bagi can aku kuar simpang. Padahal depan tu ada bumper dan memang tak sepatutnya la korang nak lajukan keta. Apa2 pun dengan nama Allah aku berjaya la kuar dari simpang tu dengan jayanya.

Jumpa bumper, seperti biasa melaluinya dengan steady (keta tak melambung kesimpulannya). Keta kat belakang aku yang laju tu, tetiba aku tengok(dari cermin pandang belakang, of course) macam berenti, tak berenti, macam tak jalan, tapi jalan. Oooo...ketanya lowered rupanya. Kalau korang penah tengok keta yang lowered melampau, macam mana dia lalu kat bumper, dia akan bergerak dalam 30 darjah, means tak lurus. Dalam hati - tadi laju sangat!

Aku bukannya tak suka keta lowered ni, sebab kalau owner keta tu buat pun, tak usik duit aku walau sesen pun....

Cuma nak sampaikan mesej - berhemahla di jalan raya. Apa salahnya menyedekahkan jalan pada kereta-kereta lain. Aku selalu sedekahkan jalan especially pada kereta yang potong queue. Dari kita membebel dan sakit hati, baik dengan senyuman - ko bagi je diorang jalan.

Maybe diorang tu sakit perut or bini dah nak bersalin sangat2 kat umah.....

No comments: