Sunday, December 19, 2010

Kenduri Kendara

assalamualaikum. hari ni akhirnya matahari menunjukkan dirinya setelah malu2 kucing selama beberapa hari.... indahnya dunia aku rasa... tapi hari ni aku bukan nak citer pasal matahari tapi nak citer pasal kenduri kawin.

aku baru je balik dari kenduri anak sepupu mak aku (panjang salasilahnya, malas nak explain). biasanya aku akan pegi kenduri selepas zuhur. sebabnya malas nak bersesak2 ngan orang yang biasanya akan serbu pada perime hour iaitu dalam kul 1230 - 1300. lagi satu aku akan dapat tengok muka pengantin tanpa perlu terintai-intai belakang orang. dan mungkin dapat sembang ngan pengantin lagi. dan biasanya juga sedara mara akan perasan kehadiran aku sekeluarga, maka takdelah nampak aku ni macam anti sosial. lepas makan aku leh lepak kat bangsal makan berapa lama aku suka. kalu rasa nak makan lagi sekali pun takde hal.

tapi hari ni disebabkan aku bertanggungjawab membawa abah ke kenduri, aku terpaksa gi dalam kul 11.30. (ikutkan abah nak gi kul 10!) aku dah wat lambat2 supaya kitorang leh g lewat sket. tapi biasa la sebagai anak yang mengenang jasa, aku ikutla kata abah aku.

dan apa yang aku cuba nak elak dalam mana2 kenduri kawin pun berlaku la tadi. lepas makan (nasib orang tak ramai lagi masa tu), kitorang tak tau nak g mana. nasib cuaca mendung so kitorang lepak je kat luar. umah pengantin sah2 full! bangsal makan pun full. dan aku sangat yakin kak lang (nama manja pengantin) takkan perasan yang aku sekeluarga datang. sume jadi serba tak menentu dan akhirnya aku amik keputusan balik awal. kebetulan abah sakit perut, so wat alasan nak balik awal sebab itu.

kesimpulannya, takkan pegi lagi kenduri kawin before zuhur, dan aku rasa sangat2 letih walhal yang kawin bukannya aku! dan aku datang semata2 tuk makan jer..... weekend aku pun jadi lebih pendek sebab penuh ngan xtvt. malam ni nak anta abah ke damansara lak...

1 comment:

Lin said...

salam.. hehe.. aku pon g kenduri gak last saturday. yg lg syok, aku mmg x kenal pon pengantinnye. 2 pupu hubby aku (yg aku pon x pasti die kenal ke idak). kitorang sampai dlm kol 12. org mmg x ramai sgt lg. pas mkn2, mak metua aku dok borak2 ngan sedara mara die (yg aku kenal x sampai 10 org). nasib anak aku kate die ngantuk. dptla balik awal. hehe.. anyway, rasenya mcm salah spelling la. bkan ke sepatutnye prime hour? ke aku pon salah??