Friday, December 17, 2010

Takde Mood@Mood Down

assalamualaikum. topik utama hari ini ialah takde mood atau kadang kala orang kata mood down.

sebenarnya mood aku yang down since semalam. dan yang paling best ia bukan start dari pagi, tapi dari pukul 2 petang. aku jadi malas semacam. padahal aku yang konon2 berstruktur ni dah menyusun atur jadual aku dengan jayanya. ikutkan semalam pagi aku patut siapkan SKT (siap ikut jadual) then kelas then petang aku nak siapkan module. part siapkan module yang aku fail.

lepas kelas aku telah spend masa di kafe pentadbiran ALONE sambil baca buku Shopaholic Abroad. pastu aku kunyah makanan 44 kali sebab nak ikut sunnah nabi. dan aku tengok pakcik kafe, adik kafe, makcik kafe wat keje..... aku malas nak naik atas, tapi akhirnya aku naik juga sebab pakcik, adik dan makcik kafe lak yang tengok aku. (sebab dah takde orang lain kat kafe masa tu)

aku sambung baca buku sampai aku rasa menyampah lak kat Rebecca Bloomward (heroin utama dalam buku tu) sebab melampau giler tahap shopaholicnya. pastu aku pun memaksa diri buat GIMP. tapi disebabkan mood aku yang dah gi ke mana2 aku jadi takde idea nak letak gambar apa. nak wat apa....IDEA JADI JUMUD....

dan sekarang hari Jumaat yang sentiasa indah (sebab esok biasanya cuti) aku masih lagi tercari-cari dimana hilangnya mood baik dan rajin aku....... Oooooo Mooooooddddd... Where Are You?

No comments: