Monday, December 6, 2010

Yang Terkini Lagi Sensasi

Hari ini pagi-pagi Lin bagitau yang kawan kami, Moi mendapat tawaran ke IAB.
Tiba-tiba aku rasa sebak padahal kami baru sahaja berkenalan dan bekerja bersama-sama selama 6 bulan. Perasaan itu datang tiba-tiba.
Aku sendiri rasa hairan kenapa aku perlu berperasaan sedemikian.

Dari kiri : Chin Siew Moi (Moi), Siti Haslina (Lin), Chong Pei Yee dan yang dua lagi tu tak tau nama
(Gambar ihsan Moi...aku amik dari FB....^__^)

Dia memang seorang yang baik hati, sporting, easy going, sekepala walau pun kami berlainan agama, berlainan kaum.
Dia adalah salah seorang rakan pergi shopping di pekan Banting (cari kasut,baju dan barang-barang runcit),
ke TESCO Banting (dia ambil troli tapi beli sebungkus KOPIKO, aku dan Lin yang borong habis)
ke The Store (kena marah dengan mak guard yang garang giler)
ke Econsave (saja nak tengok betul ke ramai orang kat sana...ini idea aku!)
Dia adalah team Jalan-jalan Cari Makan versi Unit TM ke restoran Ani Sup Utara, Merry Brown dan gerai cendol Kamarudin Banting.

Sebagai seorang RAKAN, aku akan kata JANGAN PERGI
Sebagai seorang SAHABAT, aku akan kata PERGILAH UNTUK MEMAJUKAN DIRI

so, BEST OF LUCK MOI, I ALREADY MISS YOU!
(sebenarnya dia belum buat kata putus samada nak pergi atau tidak...^__^)

*agaknya inilah rasanya rakan-rakan yang baik di SMK SS17 bila aku berpindah ke Kolej Matrikulasi Selangor*Cehhh...perasan glamer



2 comments:

Lin said...

ye la.. tp nape gambo tu kecik sgt? cube besokan sket...

siti norhana said...

aku dah besarkan tapi pixelnya pecah la plak...