Monday, January 31, 2011

...Tak nak amik MC!

MC (Medical Certificate) atau dalam Bahasa Melayunya sijil sakit memang sangat tersohor terutamanya kepada org yg malas nak gi keje. Perasan tak? Klinik akan penuh pada Isnin dan Jumaat. Muka yg dok kat kerusi klinik tu, segar bugar je.Tapi gi klinik. Iskk, tak baik buruk sangka!...^__^

Sabtu lepas, kaki aku terkehel sebab asyik pandang ke atas langit tengok kapal terbang AirAsia, sampai lupa nak pandang ke bawah tengok bumi. Nape la kaki kedai ni suka buat bertingkat-tingkat, buat je la straight, jimat bahan binaan. Nak salahkan kaki kedai la pulak! Hehe.. Kesannya, buku lali bengkak dan jalan pun terdengkut2. Sakit la weiiii! Dah la Isnin bakal bz body ngan kelas dan nak uruskan kuarters. Dan aku memang tak suka nak amik MC ni. Kalau aku amik gak biasanya kalau idak flu, sah aku stress!

Dan aku nak bagi tau maybe dah ramai yang tau, pe yang patut dibuat kalau kaki terkehel.
1. Jangan pegi urut! Ia akan memburukkan lagi keadaan.
2. Kena jer, beli ais RM1 kat 7 Eleven, balik rendam kaki dalam air+ais selama...? Ala aku tak timing la plak. Tapi sempat la baca majalah Wanita 57 mukasurat. Ais tu leh simpan buat 2 kali lagi rendam. Tapi kalau korang nak bersedekah kat 7Elelven pun takde masalah. Beli la 4 bungkus ais. Sebab kes rendam ni kena wat 2 hari, pagi dan petang.
3.Abis rendam, tunggu jap biasanya aku mandi lepas tu then sapu ngan minyak panas dan bandage. Cara balutan, ikutla ati perut korang asal tertutup dan bahagian sendi tu takleh nak bergerak bebas dengan jayanya.

Hasilnya, hari Isnin aku leh tekan klutch keta aku yang keras tu dan sampaila aku kat Kolej hari ... Tak MC pun tau.....

2 comments:

lin said...

oooo... ye ke.. gitu ke... hahaha... aku baru tau ko. tq 4 the info.

siti norhana said...

bagus...bagus...mana tau kot abg salleh ke, lala ke, wawa ke terkehel... leh apply la ye saranan dr tak bertauliah ni...^__^