Wednesday, August 29, 2018

Pekan Kanas, Perkampungan Kanas dan Tasik Kanas

Sepanjang kembara sembilan hari, aku rasakan tempat ini paling istimewa. Terpegun aku menyaksikan keindahan Tasik Kanas dan kawasan sekitarnya. Subhanallah.

Selesai lunch, sambung perjalanan. Tak sempat nak panas bontot, eh dah sampai hotel. Hehe. Ler dekat je rupanya dengan tempat kami lunch tadi. Check in, masuk bilik, solat dan turun untuk ke Kanas. Tempat nak beli tiket sesak penuh orang. Ramai bukan main. Apa pilihan yang kami ada. Beratur sajalah sabar-sabar, eh takdelah lama mana pun sebab kaunter yang dibuka banyak.

Bayar tiket dan bersedia untuk naik bas ke Kanas city. Bas pun banyak, bukan isu besar sebab beratur sekejap bas datang berduyun-duyun. Sepanjang perjalanan wahhhh cantiknya air warna hijau emerald weh. Cantik. Geram rasa nak terjun tapi air sungai deras kemain. Dari Jia Dengyu ke Kanas city mengambil masa satu jam! Patutlah abah driver risau kalau kami lambat. 

Air dari salji yang cair di pergunungan.

Sampai di Kanas, dah kena mencari balai polis lapor diri. Melilau cari rupanya balai polis terletak di kampung Kanas. Pekan Kanas dan kampung Kanas takdelah jauh mana. Tapi bila mencari-cari terasalah kejauhannya. Nak kejar masa pun sama. Risau tak sempat nak ke tasik Kanas.

Selesai lapor diri, naik bas lagi ke tasik Kanas pula. Nasiblah tak jauh sangat. Adalah dalam 15 minit. Sampaiiii...

Perkenalkan tiga tempat berbeza ini ya...

Pekan Kanas. 

Kampung Kanas

Tasik Kanas

Di sekitar Tasik Kanas, aktiviti utama ialah berjalan-jalan photoshoot. Selain tu ada juga water rafting, dan naik cruise pusing tasik. Kami pilih aktiviti utama sahaja. Moi ajak water rafting, tapi aku rasa macam terkejar-kejar nak pusing jalan-jalan, nak water rafting dan baju macam kurang sesuai pulak rasanya. Nak jimat duit pun ye kot. Heeee.

Pilih-pilih mana berkenan di hati.

Pokok rhu banyak di sini. Pic kanopi seperti ini wajib di ambil. Sekian.

Pic bersama di Tasik Kanas sebelum kami berpisah. Aku dan Moi, Kak Ita dan Niza. 

 Naik ke atas jumpa kawasan ni. Photoshoot.

 Turun ke bawah, berjalan jumpa kawasan ni. Photoshoot.

Naik ke atas semula, photoshoot.

 Jumpa kawasan lapang ni, photoshoot.

 Patah semula laluan mula-mula kami sampai. Kes nak puaskan hati nak celup kaki dalam air hijau.

Nak celup kaki atau nak terjun terus?

Mula masuk tadi ramai orang di sini. Sekarang dah kurang, jom photoshoot.

Alhamdulillah, puas hati aku di Kanas lake. Dah takde rasa, macam nak pergi lagi ke sini lagi. Jadi Alhamdulillah. Punya syiok ber photoshoot, baru teringat nak balik. Masa nak balik baru teringat Kak Ita dan Niza. Haha. Tadi kan terpisah dan takde buat apa-apa perjanjian. Kembali ke tempat naik bas, barulah nak mencari, meneka, dan meninjau-ninjau.

Akhirnya kami buat keputusan kembali ke Kanas city. Mungkin mereka menunggu di sana.



Sampai di Kanas city, photoshoot lagiSementara menunggu kununnya. Mana tau kalau-kalau terserempak, tapi tidak pula terserempak. Sudahnya kami buat keputusan untuk naik bas kembali ke Jia Dengyu. Mungkin mereka dah sedap tergolek atas katil di hotel nun.

Tantadaaaa... jumpa Kak Ita dan Niza di tempat menunggu bas. Alhamdulillah.

Dalam perjalanan pulang, bas akan berhenti turunkan penumpang di beberapa spot yang menarik untuk apa lagi kalau bukan photoshoot.

Moon Bay. Bentuk ini lah yang melambangkan Xin Jiang Kanas National Geopark.

Dragon Bay. 

Pic di atas aku amik dari tingkap bas. Tak turun pun di spot ni sebab lambat respon dengan pertanyaan driver bas. Dia cakap Mandarin kot. Moi translate pun tetap aku blur. Sudahnya berdushum bas berlalu pergi.


Ada air bawah batu ni. Moi kata kaedahnya ialah celup tangan, renjis-renjis air pada kawan/orang lain sambil doakan yang baik-baik, Insha Allah akan dimakbulkan. Insha Allah tu aku la yang tambah sendiri. Aku tanya Moi, nak aku renjis-renjis dipilis ke kat dia. Tak payah! Jawabnya.

Oleh itu aku menyendukan saja diriku di tiang ini.

Akhirnya kami sampai di Jia Dengyu jam 9.00 malam.

Sambung shopping di gerai-gerai sekitar kawasan ni. Untunglah hotel walking distance ja.

Shopping sampai 11.00 malam sehingga dinner diabaikan.

Keluar kedai ni ja, eh dah gelap. Pura-pura terkejut. Balik ke bilik dah malam pun. Sejuk kemain. Oh, tak lupa nak lapor diri di balai polis Jia Dengyu. Menunjukkan kami selamat sampai tak tertinggal di tepi Tasik Kanas. Sayang kemain polis ngan tourist seperti kami 😊.

Balik bilik, solat dan tidur. Kesian abah driver, tunggu kami nak dinner sama tapi kami tak muncul-muncul. Dia ada mesej Moi (kalau dia mesej kami, kami bukan faham pun). Tapi Moi baca mesej pagi esoknya... Aduiii... 😅

No comments: