Penerbangan yang dijadualkan pada jam 1140 tengahari dibatalkan tetapi digantikan pada jam 0855. Yessss... terbang awal maknanya akan sampai awal ke Urumqi, Alhamdulillah. Empat pengembara datang dari hala yang berbeza-beza. Dua dari Banting, seorang dari Serdang dan paling jauh (dan paling berdebar) ialah perempuan kiut dari Senaling.
Incik Suami berbesar hati nak hantar aku awal pagi, aku cadangkan campak ja aku di Banting (awal sehari aku tinggalkan Senaling) tapi beliau nak juga hantarkan. Jadi, bergembiralah. Alhamdulillah.
Sampai di KLIA jam 0600 aku gi solat dulu memandangkan yang tiga lagi on the way. Wahhhh cantik da street art sepanjang nak sampai ke surau berdekatan anjung tinjau. Jakun jap sebab lama sangat aku tak jejak kaki di KLIA. Menjelang 0630, berkumpullah kami di check in kaunter tuk drop luggage. Sukses semuanya, sementara nak tunggu Kak Ita solat Subuh, aku dan Moi patah balik ke street art tuk amik gambar buat kenangan.
Street Art paling menyentuh hati, aku paksa Moi amikkan gambar.
Depan toilet pon ada. Real bukan?
Ada banyak lagi art sepanjang-panjang jalan ke anjung tinjau. Tapi kami rushing nak tenang-tenang breakfast bubur nasi di McD. Last meal dari Malaysia kira-kiranya. Macamkan rakyat negara China hanya makan kentang lenyek. Cehhh.
Kejakunan pertama. Pertama kali naik train ke gate B22. Terasa seperti, Malaysiaku di mata dunia, luar biasa... aaa... aaa... aaaaaaaa...
Kejakunan kedua. Pertama kali naik airline selain AirAsia dan MAS. Rasa excited. Aku je, sebab yang tiga kawan lagi tu memang da merata travel guna pelbagai airline. Airline apa?
Southern China Airline.
Sebelum terbang, aku baca review. Banyak negatif. Sekali kami naik... Sambung nanti. Heeee
No comments:
Post a Comment