Mungkin aku melebih-lebih, tapi lebih kurang macam itulah maksudnya.
Macam bentuk apa ke batu ni, adalah guide tu bagitahu tapi tak faham. Nasib-nasib Moi bantu translate kan.
Yang ini aku ingat. Batuan terbentuk secara semulajadi seperti singa laut pass bola pada seekor lagi singa laut.
Seperti ditarah, tapi bukan... semua ini semulajadi begini.
Satu lagi amazing view.
Kesemua batu-batu ni terbentuk disebabkan tiupan angin yang kuat dikawasan ni. Ada macam-macam bentuk, Subhanallah ciptaan Ilahi. Di sini juga merupakan lokasi pergambaran Crouching Tiger, Hidden Dragon. Aku pernah dengar tajuk filem sebab Dato' Michelle Yeoh berlakon, tapi tak pernah tengok pun.
Ya, disinilah tempatnya.
Kawasan ni luas, tapi no worries train disediakan. Siap ada nombor tempat duduk. Train akan pusing keliling sambil guide terangkan apa itu dan ini dalam bahasa Mandarin. Di tempat-tempat terpilih, train akan berhenti selama 10 minit untuk bergambar di kawasan sekeliling. Pandai-pandailah menggunakan masa.
Kami, dah standby siap... once train berhenti, akan cepat-cepat keluar dan cari spot bergambar yang jauh dari orang ramai. Dapatlah feel kunun kami-kami ja yang berada di kawasan tu. Walhal, Subhanallah orang ramai. China sedang bercuti ya. Cuti summer. Ala-ala cuti sekolah bulan Disember di Malaysia. Boleh bayangkan betapa ramainya orang di SEMUA attraction places di China. Mampu?
Berlari nak ke kawasan ni (yang jauh sikit dari train) itu pun sebelah kanan gambar aku dah crop pic orang lain.
Acah-acah percutian eksklusif.
Acah-acah percutian eksklusif.
Alhamdulillah, selesai tour di World Ghost City Wuerhe, jam 9.00 malam. 😊
Ada ke antara kami dapat dengar bunyi ala-ala ghost tu? Takkkkk... yang kedengaran suara sendiri-sendiri ja. Sibuk berkejaran nak amik pic awesome dan ingatkan masing-masing kalau dah nak masuk 10 minit. Haha
No comments:
Post a Comment