Sunday, August 12, 2018

Xilaishun Hotel, Urumqi

Jumlah hotel tempat kami menginap sepanjang sembilan hari ialah sebanyak lima buah. Inilah hotel yang mempunyai variasi makanan paling banyak semasa sarapan. Jadi tepek gambar makanan dulu.

 Pinggan aku. Pinggan Moi.

 Pinggan Kak Ita dan pinggan Niza.

Rasa. Okaylah. Terasa kecinaannya. Mungkin tak kena dengan tekak Malaysia. Tapi Alhamdulillah aku habiskan semua yang ada atas pinggan aku. Selalu-selalu aku culik makanan yang aku nak rasa tapi tak pasti boleh habiskan, dari pinggan Moi. Hehe.

Tepek pinggan baru tepek orang. Moi, Kak Ita, aku dan Niza.

Hotel ni juga tempat kami menginap paling lama. Tiga malam. Kelima-lima hotel kami diurus tempah oleh koordinator yang memiliki smiling eyes. Dia tak senyum pun, tapi nampak cam senyum. Kami jumpa beliau pada hari kelima, itu pun bertembung di RnR. Beliau uruskan local tourist. Koordinator kami bagus. Dia carikan hotel yang dekat ngan tempat makan. Walking distance. Di Urumqi, Burqin, dan Xi'an juga. 

Food hunting siri pertama. Target laghman (mee tarik). 

Untuk pengetahuan, tourist hanya boleh menginap di hotel 3 bintang dan ke atas sahaja. Itu pasal bilik kami macam bilik orang ada-ada. Mohla masuk bilik.

 Bilik kami hari pertama.

 Aku namakan bilik cermin, penuh cermin keliling bilik.

Tepi ni pun letak cermin.

Lobi hotel.

Cubaan kali pertama guna tripod. Yang setting tripod biasanya Incik Suami. Kali ni belajar buat sendiri. senget dan kurang molek. Patut zoom lebih dekat. Kurangkan bahagian bawah. Takpe aku akan belajar. Aku akan improved!


She is a muslim, but she can't wore a tudung if she work at hotel or any industry at Urumqi / Xin Jiang province. Yang boleh bertudung ialah yang berkahwin, itupun kena nampak telinga dan leher. Sedih dan betapa bersyukurnya kita di Malaysia, Allahuakbar. Nampak tu, tu belakang sana. Mesin scan. Masuk hotel kena scan. Scan beg. Scan orang. Yang merata travel pun terkejut. Aku apatah lagi. 

 Lepas breakfast, bersedia tuk memulakan perjalanan yang jauh. Sangat jauh.

No comments: