Tuesday, March 8, 2011

Aku ialah Pensyarah IT bukan Penterjemah

Aku mengaku yang English aku memang tak hebat mana. Buat ayat ikut sedap tekak, sedap bunyi. Aku dah tak heran la pasal grammar ke, subject ke, predikat ke. Belasah je. Tapi bila nak menterjemah IT term dari English ke Bahasa Melayu (BM) atau vice versa memang aku fail! Pening tau!

Pepagi dengan semangat waja aku terus bukak soalan nak menterjemah soalan IT dari English ke BM. Ayat pertama je dah berjaya menghuru harakan bendalir dalam otak aku. AUTHORING TOOL...? Ayat-ayat IT tidak boleh diterjemah secara direct sebab... sebab...sebab... sebab ini IT bukan ayat English biasa. Ayat English biasa pun aku tak lepas. Huh...! Guna Google translate pun die surrender. Takleh nak terjemah. So, aku amik keputusan untuk translate ayat2 biasa yang lain. Jumpa satu lagi MULTIMEDIA PRODUCTION TEAM...? Arghhh...Skip lagi...

"Fuhhh, siappp..."

Tapi dua ayat itu....? Aku fikir... baca blog... fikir... capture imej... buka buku...

dan akhirnya aku buat direct translation.

AUTHORING TOOL ---> Alatan penulisan + Multimedia untuk menyedapkan lagi ayat
MULTIMEDIA PRODUCTION TEAM ----> Pasukan Pengeluaran Multimedia

Bley? Tak Bley? Bley laaaaa..... pening ni!

6 comments:

lin said...

ekekekeke... ko soh en. kama bace nih....!!!

siti norhana said...

betul2... tapi nanti cik kama menangis tak tengok anak buahnya camni...?

lin said...

hahaha... x kot!!

elly said...

camtu le masalah kitorg gak bila kena ajar sains blk dlm BM... x abis2 translate, keje lain terbengkalai...

siti norhana said...

huhu.... bukan keje senang....
patut kena bagi gak elaun menterjemah.

ASHRAFF KAHARUDIN said...

hi boleh tak sy nk taw tugas2 lecture it nii. saya dpt interview jawatan ini tp still x dpt gambaran tugas lecture it nii. more on system ke web design ke data base ke komputer hardware ke
boleh bantu sy.