Tuesday, March 1, 2011

Port team Jalan-Jalan Cari Makan : Part II

Sambungan dari Part I... Alaa .. yang korang tunggu2 tu...(Aku tau mesti akan ada yang komen aku perasan, tapi korang malu nak ngaku kan?)

Area covered : Banting, Jugra
Time : Biasanya waktu rehat 1 -2 petang.(perkataan 'biasa' di boldkan. Ertinya? Jeng jeng jeng...
Hari : Ikut suka hati perut yang ada kaitan rapat gak ngan duit.Faham kan?kan?kan?

4. Secret Recipe : Tempat yang PALING xklusif di Banting sebab makanan dier yang paling mahal n presentation memang ala2 hotel la. Baru pegi sekali (di Banting ni la...)bersama Lin n Nits yang sampai termimpi2 dua kali nak belanja kami di Secret Recipe. Makanan? Macam tu la... Sama seperti di mana2 cawangan. Masa paling sesuai gi sini, 1 hari selepas gaji dan hari Jumaat sebab rehat dier panjang sket. So dengan bayaran yang ala2 WOW tu... dok la lama2 baru berbaloi2...(Bila lagi nak mimpi Nits...hehe)Dan gi Secret Recipe kalau skandal belanja memang sangat2 best dan WOW dan rasa nak lari setempat sambil lompat bergalah!!!

5. Sup Tuuuu Dia 888 : Ini gerai yang sempoi sedunia aku jumpa di Banting di perkenalkan oleh pakcik ku yang ala2 gengster gitu... (jgn la dier baca belog aku ni!pkcik aku memang garang gilerrrrr) Di bawah pohon geti, diatas bangku kayu buatan sendiri, dipayungi plastik yang diikat di pohon geti itu... memang mengimbau kembali zaman kanak2 ketika aku memanjat pokok rambutan. Eh eh, pe kaitan pohon geti dan pokok rambutan? (pohon dan pokok lain ek?) Menu memang sempoi, sume berasaskan sup, yang paling spesel teh lapis dier. Memang jadi igauan sedunia buat aku dan skandal2 ku... (Sorry aku panggil korang skandal, daripada aku cari skandal lain... Jeng Jeng Jeng...)Anak2 dier memang comel dan garang. Paling tak tahan bila anak lelaki dier pakai kasut high heel comel adik dier... Eh, back to the main point, sup dier + teh lapis dier memang Tuuu Dia.... Sedap!

6. Gerai Depan Kolej Komuniti : Kitorang (aku ngan Lin je pun) gi gerai ni sebab dapat promosi sangat over dari Si Bongsu. Aku pun gi la, dengan harapan makanan dier seperti yang diwar-warkan. Banyak pilihan rupanya, dan paling best dihidangkan fresh dari bekas plastik sebesar2 alam (Ok, mengaku yang Ct Norhana memang suka describe over2) Rasanya ok macam kafe Orion tapi stil ok tuk yang mencari kelainan.

7. Gerai atas Kompleks Kat Pekan Banting Dekat Stesen Bas: Macam food court. Banyak gerai2 kecik. Nak makan nasi campur ke, nak mee + mihun pelbagai rasa ker, nak itu ker, nak ini ker, pilih la mana2 yang korang suka. Suasana ok2 jer, tempat memang tak dinafikan sangat bersih tapi nampak comot.. Tak tau pesal. Rasa2nya sebab warna lantai dier yang macam... malas nak describe lah. Kang aku wat fitnah lak.... Rasa, ok la. Nak dating kat sini memang tak best, tapi nak bergosip? Best!Best!

8. Restoran Abe Nawie : OK... Abe tu aku memandai tambah sendiri. Lokasi di Banting Baru. Tempatnya macam mana-mana restoran tipikal. Ada kerusi, ada bangku, ada makanan, ada minuman, ada cashier, ada tukang masak...of course! Ada banyak pilihan. Dan kira ok la jugak kalau dah jemu dengan masakan di Kolej. Ubah angin, ubah selera. Yang paling best ada kedai yang 'lagha' bahasa arabnya, bahasa melayunya yang melalaikan dekat2 situ. Kedai tudung, kedai runcit, leh la cuci mata sebab nak beli tak mampu. Fuhhhh.. terrible la kewangan kitorang together gether bulan lepas....

Puas ati korang skang kan..... Baca. Jangan tinggal satu ayat pun tau....

5 comments:

lin said...

besh... besh... nnt tambah lagie 1 tpt yek. PIZZA HUT plak. paling aku suke, part nits mimpi.. aku pon arap2 die mimpi lagi... hahaha...

siti norhana said...

jom kiter jampi dier reramai......huhu

Anonymous said...

apa kata korang jampi aku mimpi makan kat gerai kamarudin jekkk...boleyyy???

lin said...

nits: gerai kamaruddin pon geren ape... hehehe

Faizahazmi said...

Okay yang gerai depan koelj komuniti tu memang terbaik! Lauk dia banyak gila pilihan. Masa belajar sana, hari-hari makan situ. Plus murah. Oh jangan lupa roti canai sebelah kedai pc sebelah gerai bekas besar ni. roti canai dia rangup gilaa! sedap oii