Friday, March 4, 2011

Rutin Hari Jumaat...

Dalam satu minggu ada dua hari yang menyentuh jiwa
1. Abang Isnin 2. Adik Jumaat

Hari Isnin citer pasal Isnin (of course la kan...)
Hari Jumaat? Cuba teka...(Saja nak bagi soalan tahap kacang kuda supaya tak give up nak teka!)

Rutin Jumaat hampir sama setiap minggu. Kalau Isnin terkejar2 sampai siap angkat kain nak gi punch. Hari Jumaat leh lenggang kangkung, lenggang bayam, lenggang kailan ikan masin sebab aku memang takkan minum, takkan makan, takkan potong memotong buah2an tempatan mahupun oversea di umah. Siap2 (w/pun twin secara berjemaah melolong nak ikut) then terus angkat kaki gi ofis. Memang perut standby dalam keadaan lapar.

Destinasi bajet yang tetap dan berpencen pagi Jumaat ialah Dewan Kuliah Besar 1. Hari ni ada bacaan Yasin dan sedikit tazkirah tentang 'Pujaan Hati' dari Ustaz Kecil2 Pakai Cermin Mata Yang Ramah Tamah - gelaran yang aku bagi sebab tak tau nama dulu, skang dah tau.. nama dier Ustaz Azami.

"Ustaz, walaupun saya asyik dok belek nfon tapi saya tau pe yang Ustaz tazkirah kan. Tak caya, Ustaz buatla Ujian Penilaian.... Saya gerenti lulus dengan cemerlang Ustaz..."....

Abis tu, Gi bfast di Orion. Hari ni turn roti canai kosong banjir giler dan teh tarik, sebab last week turn nasi lemak ayam merah... Seronot ari Jumaat ni sebab ni la... dapat makan roti canai o nasi lemak. Memang menu tetap bergilir2. Kena adil maaaa... So, next week turn nasi lemak ek....

p/s Tak penah dan cuba takkan makan nasi lemak dan roti canai dalam satu bfast... Gilerr pe! Mau koma....^__^

2 comments:

lin said...

mak... tkut aku bace yg kat atas tu...!!! (sambil gigil2 nih)

siti norhana said...

gigil kunun...Piiirahh