Sunday, September 2, 2018

Catatan Perjalanan Jia Dengyu - Burqin

Perancangan hari ni ialah ke perkampungan Hemu di mana tinggalnya suku kaum Tus. Istimewanya disini ialah rumah mereka diperbuat dari batang pokok hemu. Selebihnya yang aku rasa lebih kepada photoshoot view yang cantik-cantik la kan.

Takdir Ilahi hujan turun. Tak lebat tapi abah driver kata awan gelap di perkampungan sana. View khabarnya lebih kurang Kanas, bezanya ada binaan rumah yang aku mention kat atas tadi. Memang ya pun, aku pernah tengok video dan memang itulah keistimewaannya. Kalau hujan, pic kurang cantik atau mungkin lansung ta dapat amik pic kalau turunnya lebat.

Berkira-kira, pertama yang bagus kos kurang sebab harga nak masuk sana hampir RM100++. Tah dapat amik pic tah tidak. Kalau cancel plan, maknanya kami berpeluang jalan-jalan ke Burqin.

Apa-apa hal sarapan dulu dan ada masa untuk berfikir lagi. Mana tau tiba-tiba matahari muncul.


Selepas sarapan riang ria, awan tetap berarak mendung kelabu.

Kesudahannya ialah tak pergi Hemu Village. Jomlah teruskan perjalanan ke Burqin. Disebabkan ada masa yang diluangkan, kami request nak turun amik gambar kalau jumpa unta liar tepi jalan. Kemain permintaan. Semalam ada nampak tapi rushing nak kejar Kanas. Seperkara lagi kalau unta peliharaan harus kena bayar duit untuk amik gambar. Alang-alang dah berjimat, jomlah jimat terus.

Haruslah jumpa. Alhamdulillah.

Hai unta liar tepi jalan.

Mehla amik sekeping bersama abah driver ~ Mr. Lang

Disebabkan kami behave (ye ke?) abah driver berhenti singgah di satu lagi tourist attraction tepi jalan. The Kazakh Cultural Park of Akkungay Grassland Stone Statues. Teringin juga kununnya nak masuk, tapi bila dengar harga tiket, cancel terus. Kata nak jimat tadi kan? Haha.

 Luas rupanya. Baru perasan. Patutlah tiket mahal. Nasiblah Niza ada amik pic.

Disebabkan tak masuk nak jimat kununnya, kami ke seberang jalan bergambar apa ke lagi. Tu yang seberang jalan sana tu kawasan Kazakh Cultural Park of Akkungay Grassland Stone Statues.



Pada ketika aku menaip ni, baru aku faham kebimbangan abah driver dengan tabiat bergambar kami yang extreme ku kira. Masa ni kami berada di luar kawasan tourist attraction tau, bergambar sahaja bukan membaca atau ada apa-apa aktiviti pun, tapi kami biasanya teringat nak kembali ke pangkal jalan hanya selepas satu jam atau lebih berlalu.

Ta dapat ke Hemu, bergambar di rumah ala-ala Hemu pun jadilah.

Sejujurnya aku suka gambar di atas. Kontra jelas. Aku pulak pakai warna merah wow. Antara yang aku belajar; masa travel sila pakai warna terang biar dalam gambar kau menonjol gitu. Tapi kalau perangai/posing kau pelik-pelik , Insha Allah pun akan menonjol jangan risau. 

Macam ni 😜

Selesai buat perangai aneh-aneh, perjalanan kami teruskan. Walau pun menempuh jalan yang sama, tetap rasa takjub dengan pemandangan di kiri kanan...

... dan hadapan jalan.

Perkenalkan speed trap bersama CCTV bersepah-sepah di wilayah Xin Jiang. 30km/j siput tau siput.

Menghampiri Burqin, kami singgah ala-ala RnR, nak ke toilet taraf lima bintang kunun. Sekali toilet kunci daaa... 

 Singgah kedai buah paling hampir dengan toilet lima bintang.

 Beli sebiji sambil merisik khabar kunci toilet tersebut.

Tahu apa jawapannya? Alaaaa pergi ja ke kebun jagung berdekatan dan lepaskanlah di sana. Baiklah... Cancel!

Duduk dan makan je lah buah sambil melemparkan senyuman manis. Nasib bukan terdesak.

 
Shopping lagi. 

Terjebak beli madu ni. Semua Moi punya pasal.

Masa kami sibuk membeli, abah driver sama-sama masuk campur. Tolong check kan madu tu asli ta. China kan terkenal dengan barang fake. Alangkan telur pun boleh di fake kan. Pastu dia bising (style abah-abah) bila Kak Ita beli  candy susu unta (bentuk bulat-bulat). Katanya banyak gula. Tak bagus! Baikkan driver kami? Alhamdulillah.

Sejam lebih juga di kedai buah ni, pastu sambung perjalanan ke Rainbow Beach Scenic jommmm.

No comments: