Monday, September 10, 2018

Rainbow Scenic Beach, Burqin

Aku paling blur tentang tempat ni sebab tak buat pembacaan awal. Tapi aku yakin, mesti cantik sebab Moi masukkan dalam itinerary kami. Sesampainya di sini, pertama nampak power station, wah excited. Kedua nampak bunga matahari. Tak seluas yang kami singgah hari tu, tapi teringin nak bergambar di celah-celah bunga matahari sebab kelihatan pokoknya tak begitu tinggi. Ketiga, eh tak banyak kereta/bas, tak ramai orang. Ini pelik, adakah maksudnya tempat ni kurang best?

Masa ni aku rasa, mesti tak lama kami di sini. Tak ramai orang maknanya kurang jadi tumpuan pelancong. Sifat manusia pelik-aneh-gedik. Orang ramai kau bising, orang tak ramai pun kau bising. Bilakah agaknya hati aku ni nak rasa lapang, tenang dan redha? 

Seperti biasa, beli tiket dulu. Tapi kali ni ta kena lapor di pondok polis pulak seperti di Ghost City dan Kanas. Haaaa sah dah tempat ni biasa-biasa. Tak lama lepak sini, confirm!

Masuk pintu utama, kawasan seperti padang jarak padang tekukur. Macam kawasan baru dinaik taraf sebagai kawasan pelancongan. Ehmmmm satu jam ja ni. Berjalan ke kawasan utama, mata aku nampak biasa-biasa scenery nya.

Takpe kita pose sedas...

... dua.

Selepas bergambar, Kak Ita minta mahu berehat tak nak follow kami. Berjanji-janjian bila jam berapa di mana mahu jumpa. Pengajaran selepas peristiwa di Kanas tempoh hari. Baiklah.


Paling ketara yang aku (kami) nampak menarik ialah lighthouse ini. Jauh saujana mata memandang di bawah panas teriknya mentari memang awalnya aku malas nak menyampaikan ke sana. Kalau kawan-kawan kata, jom lah keluar, aku rasa aku akan keluar dari tempat ni tanpa banyak soal.

Alhamdulillah, Moi dan Niza bersemangat nak berjalan. Jadi I follow...  On the way dan bila dah sampai...

 

 ... heh kemain pulak kau berposing


Lepas tu Moi dan Niza nak ke arah sebelah lagi. Dari menara paling tinggi di kawasan ni memang akan nampak banyak terrace dan di hujung nun siap ada jambatan ala-ala jambatan gantung. Moi beriya-iya nak cari rainbow beach, sebab kalau dilihat dari sini serius aku tak nampak mana warna-warninya.

Seperti yang aku khabarkan, sejenis follower maka aku ikutkan aje Moi dan Niza.


Dari salah satu terrace barulah kami nampak warna warni tebing sungainya. (1)Coklat (2)Merah (3)Jingga (4)Ungu (5)Putih (6)Kuning (7)Hijau yang tak kelihatan dalam gambar di atas. Masa tu barulah tersedar yang kami terlama di bahagian yang kurang penting. Dari pintu masuk, patutnya kami habiskan lebih masa di bahagian kanan. Itupun untunglah Moi dan Niza beriya-iya nak berjalan, kalaulah aku... dah balik dah rasanya dan seterusnya menyesal. 



View banyak yang cantik-cantik sebelah sini. Warna batuannya pun memainkan peranan. Waktu ni kalut dah masing-masing sebab berjanji dengan Kak Ita, terlewat setengah jam masa, tetap juga...

 ... bergambar,

bergambar,

dan bergambar,

...serta bergambar, masa ni dah tak tau nak gayakan apa. Duk terfikir, cane Kak Ita menunggu kami.

Hampir sejam menunggu (dari masa yang dijanjikan), total hampir dua jam lebih dalam tempat ni, teka siapa yang marah kami. Bukan Kak Ita tapi abah driver. Dia kata tak pernah lagi dia bawa tourist spend masa hampir lima jam dari tempat makan buah sampailah ke sini. Kami rasa semua tourist tu menghadapi simptom yang sama, rasa tempat ni biasa-biasa dan tak nampak bahagian kanan yang lebih menakjubkan.

Alhamdulillah, dapat kawan species Dora the explorer. Kalau tak, menyesal besar! Masa kami keluar dari tempat ni, berduyun local tourist datang. Kami ja yang cekal, kuat dan tabah datang tengahari centung. Muka aku sunburn teruk, tetap... puas hati.

Dah buat perangai, ada lagi hati nak bergambar di celah-celah bunga matahari, heh sori abah driver nak layan. Membebel-bebel masa kami minta dia berhenti di situ. Hahahaha... Iyola, mohla balik Burqin. Harus lapar giler beliau melayan kami-kami ni 😂.

No comments: