Tuesday, February 22, 2011

Antara Aku dan Tapai Ubi

Pada suatu hari, aku telah membeli tapai ubi sebab ngidam nak makan...(Apa?Apa? Asal ngidam jer pregnant ker? Sambil sinsing lengan baju tak puas ati). Ada 3 bungkus tapai ubi dibeli dengan harga singgit je. Mungkin sebab letih + bz konon2... Terlupa nak makan. Esoknya aku teringat dan mencari-cari tapai ubi tu, dalam peti ais takde, dalam kabinet atas takde, dalam kabinet bawah pun takde, dalam tin biskut lagi la takde... Dannnnnn... aku nampak bungkusan tapai ubi tu@daun pisang dalam plastik sampah. Aku kira... mari kita kira sama-sama... 1, 2, 3.... uwaaa... Bibik aku dah sapu bersih sume tapai ubi tu...

Nasib baik takde Batu Belah Batu Bertangkup kat Jugra ni, kalu idak tak pasal2 aku majuk dan melarikan diri ke sana... isk..isk..isk (sambil kesat air mata ala2 Mak Si Pekan tak dapat makan telur ikan tembakul)

4 hari selepas hari kejadian, aku memang berazam akan mencari gak tapai ubi di Pasar pagi Banting bertemankan skandal...(Chin Siew Moi layak dipanggil skandal ke? Hehe...) Jejak je kaki ke Pasar Pagi tu... gerai pertama yang kitorang ketemu ialah gerai yang jual tapai ubi... Fuhhhhh.... aku ngan tapai ubi memang ada jodoh!

"Akak nak 17 tapai ubi.."
"Dik akak jual 3 RM1. Cane nak bagi 17...?"
"Ok la bagi RM1..."

Gembira tul aku, rasa nak lompat tali ... Siap lompat siap silangkan tangan dengan sebelah kaki tu...

Psst... aku tak lompat tali di pasar. Giler per, muka comel, lompat tali!

5 comments:

Anonymous said...

iyo la tu comey... hahaha... tp giler beshla bibik ko.. kuang, kuang, kuang...

siti norhana said...

comel per...hahaha... ayat2 dengki!

Anonymous said...

bukan dengki... nyampah jek... hahaha... jom la kite pasan besama2. fyi, mak aku mmg wat tapai ubi n tapai ubi die.. pergh!! sangat marvelous okie...

nits: aku dah amik tahta ko ye... hahaha.. miss anonymous.

siti norhana said...

ceh... telan air liur aku. pe bukti sedap? bawala aku testing dulu.... dalam 17 bungkus. kalau sedap baru aku order...

Anonymous said...

sedap ke tapai??? aku tak penah makan la.. macam takut je aku nak makan dari dulu..hehehe...

nits