Saturday, February 5, 2011

Bila aku balik kampung.

Happy Chinese New Year. Dah lima tahun tak balik kg masa raya Cina (macam la aku sambut CNY)sebab confirm jalan jam. Tapi tahun ni tertarik2 lak nak balik kg. Alhamdulillah tak jam pegi dan balik. Dan yang paling best dapat jumpa ngan kakak dan adik2 (Cuma yg dok kat Kelantan je yang tak balik) sebab leh bergosip dan dengar+reka citer2 seram @ bergosip.Hehe...

Masa di kg... antara yg best nak di citerkan...^__^

1. Anak sedara aku telah menggaram dan mengkunyitkan ikan rebus. Garam dan kunyit tu diurut secara perlahan2 ke atas ikan rebus sebab kalau wat secara ganaz@biasa akan tercabutla isi ikan tersebut. Memang lawak. Aku tukang ketawa..hehe

2. 2nd day di kg, kami ramai2 g Teluk Batik. Dan first time aku jadi takde mood nk mandi laut tapi aku rendam gak sekerat badan sebab twin. Laut punyala kotor, air surut, orang ramai giler, hujan kejap2 on off mcm iklan chipsmore. Kejap ada, kejap takde. Dan ms nak mandi air bersih org beratur mcm lebuh raya PLUS! Aku amik keputusan taknak mandi dan basahla seat keta aku sebab aku naik je keta pakai baju ms aku mandi laut td. Nasib baik keta aku... kalau keta orang...? Ada lak yg jalan kaki balik umah dr Teluk Batik ke Teluk Intan...Fuhhh leh kurus aku!

3. Adik bongsu aku yg darjah 6 dok citer pasal cikgu Sains dier yg dikatakan mempunyai kuasa ghaib lagi seram. Hasilnya result Sains adik aku memang gempak abis. Hati aku cakap.."kreatif gak cikgu Sains dier, nape tak tau awal, kalau idak leh gak diaplikasikan masa mengajar matematik kat skolah dulu. gerenti sume exstudents kesayanganku lulus ngan cemerlang"...macam2!

4. Adik aku yg no. 5 baru beli MyVi SE. Aku pun test drive keta dier pagi tadi masa nak beli roti ranai. Feel naik keta baru memang best giler. Rasa nak beli keta baru petang ni juga. Tapi SABARRRR ye Cik Puan Siti Norhana. Tunggu plat keta Perak sampai ANA ye.Skang baru AHJ.Lama tu, kira sempatla aku nak kumpul duit wat bayar downpayment..

5. Yang paling best.. aku dah ada kat umah pun skang ni. Tak sabar nak update blog. Iskk... giler belog dah aku ni!

Pe yang best bila korang balik kg? Bz jadi orang harapan masa kenduri ker? Terperangkap dalam jam ker? Atau berat badan dah naik dengan jayanya ker..? Oppsss. lupa nak timbang berat!Mesti timbang skang..Bye

Uwaaaa.....naik 1kg lagi!

4 comments:

Lin said...

aku sgt tetarik n menarikkan diri ngan yg no 3 tu... cam besh je. nnt ko story mory kat aku ye..

siti norhana said...

ye... leh perturunkan ilmu kat cikgu Lala dan Wawa yang juga bakal cikgu Amni... hehe. cemerlang anak kiter!

emasantoss said...

hehehe..kelakar kn cite sal ikan rebus 2... dak2 moden la katekn, x pnh jumpe ikan rebus.. biase jumpe ikan sardin je.. nk msk sardin x yh letak pe.. tbe2 mak soh msk ikan rebus lak, mau x blur.. x to nk wat cmne, biase tgk mak lau nk goreng ikn letak kunyit n garam.. so sbg ank solehah kne ikut cre mak.. ha3.. tp conclusionnye, sedp gk ikan tu..

siti norhana said...

iyer.... memang sedap...tak dapat dinafikan ...kihkih