Saturday, November 24, 2018

Twitter

Aku tiada akaun Twitter. Ada, dulu tapi aku uninstall. Kali pertama install aku tak boleh nak brain apa gunanya Twitter ni. Semata-mata untuk jadi bahan bantu mengajar ja. Tahun ni aku cuba install lagi, tapi 'dia' bagi aku nickname suka-suka tambah nombor 2 kat belakang. Aku rasa ta catchy, jadi aku uninstall semula. 

Selepas bersoal jawab dengan rakan Melaka yang aktif ber twitter aku cuba install sekali lagi tapi tak tahu apa sebab verification code tak sampai-sampai samada di fon atau di emel.

Akhirnya tiada akaun Twitter sampai sekarang.

Aku suka berfikir, suka bermonolog, suka melontar idea dan suka berkongsi. Idea tu datang tiba-tiba kadang-kadang masa aku tengah gosok baju atau sedang goreng ikan atau sedang drive. Idea adhoc macam ni aku cuba nak abadikan melalui blog. Tapi bila tiba masa aku sedikit senggang, idea tu tak muncul. 

Hilang idea.

Tu sebab aku nak wujudkan akaun Twitter. Lebih tuk simpanan diri sendiri. Kalau-kalau idea muncul, zasss terus capai fon dan tweet. Tapi tak tahu kenapa DIA belum izinkan.

Atau aku yang sebenarnya belum cukup usaha.

Akan ikhtiar lagi.

Friday, October 19, 2018

Kompilasi Kembara Wilayah Barat China 2018


Tarikh Kembara : 28/07/2018 - 05/08/2018
Jumlah Hari : 9
Ahli Kembara : 4 orang
Perancangan Dari Tahun 2017

Organizer di Xin Jiang ~ Mr Xiao Xuan
Nombor untuk dihubungi :
WeChat account - xj13109918673
atau
boleh klik di sini

Catatan Penerbangan Xi'an → Guangzhou → KL
Overall Cost
Perkara Menarik Tentang China
Southern China Airline

Tuesday, October 16, 2018

Hua Qing's Palace Xi'an

Dalam perjalanan ke Terracotta Warrior...

Jumpa statue ni. Kemain kau ber dancing. Moi kata, itu statue Maharaja Xuanzong dan gundik feveretnya (Yang Guifei). Wowwww... Driver kami tanya, nak ke sini tak? Masa kami ke Terracotta Warrior, dia boleh tolong belikan tiket masuk.

Nakkkkkk... kemain juga kami jawab. Alhamdulillah jugalah kami jawab nak. Kalaulah kami jawab takpe, nanti lepas pergi Terracotta Warrior baru pergi beli tiket masuk istana. Aku yakin kami takkan masuk. Penat pusing Terracotta Warrior punya site yang luasnya, Allahuakbar. Tiket dah beli, dah bayar... tabahkan ajelah hati dan kaki untuk explore istana ni.

 Jemput masuk istana...

Dahsyat kawasan istana. Sampai ke atas bukit nun...

Terracotta site luas, istana pun mesti la luas! Takan istana nak kalah dengan kawasan perkuburan?

Four of us before Kak Ita surrender...

 Li Mountain as a background.


Janganlah acah nak berteduh kununnya tanak sunburn, memang tak nampak la muka kau dalam pic.

Pic ni di ambil banyak shot. Ada ja halangan, walhal tempat ni takdelah sesak. Alangkan di Terracotta site yang super sesak pun berjaya meloloskan diri. Dua kali shot dah dapat pic idaman. Mungkin sebab Kak Ita tak follow kami. Agaknya. Hehe






Why asyik teleng ke kanan? Next time gaya kena improve lagi.

The Nine Dragon Lake ✔ Palace of Eternal Youth✔ Peach Blossom Yard✔ Yushan Royal Kitchen❌ Cable Car ❌ Persembahan Song of Everlasting Sorrow (8 - 10pm) ❌Ya ampun, dah tak lalu kami nak berjalan. Masa pun sama, solat pon belum lagi... tik tok tik tok.

Overall, Huaqing Palace is a must visit place, recommend! Kalaulah Allah izinkan aku melawat Xi'an di lain masa (sedaya upaya tanak gi waktu summer dah), Insha Allah aku nak spend masa lama di istana ni. View kawasan istana ni cantik! Seperkara lagi, kawasan istana ni, on the way  ke Terracotta Warrior ja. Maksudnya, lepas gi Terracotta, gi makan dan terjah Huaqing Palace pulak, lajak sampai malam. Walawei... terbaik.

Monday, October 15, 2018

Foodhunt (14) Yangrou Paomo (15) Dumpling

Aku tiada senarai must try food di Xi'an seperti mana Xin Jiang. Aku ulang bagitahu, di Xi'an hanya pahlawan tanah liat yang aku aim. Tiada yang lain. Selain food di Muslim Street Food, Allah izinkan kami makan dua must try food di Xi'an ni.

Yangrou Paomo di sebuah restoran 1000 tahun, (pelayan dia kerek giler, sebab kami order sikit siap berkongsi ~ kami penat la weiii). Yang ini komposisi sup dan roti agak pekat.

Yangrou Paomo juga, di Muslim Street Food. Kombinasi sup dan roti tu lebih cair.

Yangrou Paomo ni bahasa mudahnya ialah roti seperti gambar di atas, kutil kecil-kecil dan masuk dalam sup. Makan roti dengan sup gitu. Dua tempat kami makan Yangrou Paomo, roti tu siap-siap pihak restoran kutilkan. Aku syak, kalau dibiarkan pelanggan kutil sendiri, besar kemungkinan berjam-jam tersangkut di restoran tu.

Di Muslim Street Food, aku perasan ada juga restoran lain yang mana pelanggannya kutil roti sendiri-sendiri. Jadi ikutlah mana yang kau nak follow. Nak adventure kutillah sendiri. Hidup ini sentiada ada pilihan.

Portion Yangrou Paomo di dua restoran ni besar. Kami beli semangkuk je pun kongsi ramai-ramai, itu pun tak habis makan. Tak lalu, sebab kepenatan. Rasanya, Alhamdulillah sedap. Alah macam sup, makan dengan roti. Simple macam tu ja. 

Dumpling.

Kak Ita yang request, ketika berada di restoran 1000 tahun, (alaaa yang pelayan dia kerek giler tu, risau Moi tak mampu nak bayar susu 'mahal'). Berkongsi juga, pun tak habis siap tapau bawa balik. Dumpling ni isinya daging ke kambing aku tak pasti, tapi rasa sejenis sayuran yang dia letak dalam dumpling ni agak kuat.

Disebabkan aku kurang rajin memasak, aku ta dapat nak kenalpasti, apakah 'sejenis sayuran' itu. Macam daun bawang, tapi bukan. Bukan ketumbar. Bukan daun sup. Overall boleh dilayan dan rasanya rare untuk aku. First time makan dumpling.

Sunday, October 14, 2018

Terracotta Warrior, Xi'an Part 2

Satu jam dalam kompleks pertama yang kami masuk. Leka tengok gangsa milik Dian kingdom baru keluar. Dalam kompleks ni ada dua lagi dewan pameran. Satu lagi tu pameran tentang Pompeii. Laju ja limpas. Dewan satu lagi tu...


... menceritakan bagaimana Terracotta Army dijumpai. Sangat informatif.

Lebih kurang 1 jam 30 minit baru keluar mencari di manakah lokasi sebenar pahlawan tanah liat.

Ikut suka hati ja berjalan, mana-mana pintu yang kami nampak, kami masuk.

 Horei, ketemu

Tapi mana Terracotta Army?

Yang kami nampak hanya serpihan Terracotta Army yang sudah pecah dan rosak 😞

Oh, di sini letaknya kereta kuda seperti illustrasi di atas. Itu sebab kawasan ni kelihatan lorong-lorong  untuk roda-rodanya. Serius, masa aku tengok tempat ni, tak dapat otak nak digest kenapa banyak lorong-lorong sampailah Moi terangkan. Tak tahu pulak aku jumlah sebenar kereta kuda yang dimuatkan di sini. Kereta kuda 'real' pun kami tak nampak, atau tak perasan. Jadilah dapat tengok illustrasi.

Keluar dari sini. Mencari lagi sebab aku ada baca sebuah blog, katanya ada tiga pit. Yang kami pergi tadi, tak tahu pit berapa.

Jumpa!


Hai pahlawan tanah liat! Aku tunggu 20 tahun tuk jumpa kalian semua.

Hati sedikit berbunga. Aku jumpa pahlawan tanah liat bersama-sama kudanya!

Kisahnya, punya dahsyat Maharaja Qin merancang bagaimana beliau mahu 'mengkebumikan' tenteranya, lengkap. No wonder, Terracotta Warrior merupakan 7 Wonders of the World! 



Pit ni (masih tak tahu pit keberapa masa ni tau ta, sengalnyer), penuh dengan Terracotta Warrior yang berpangkat. Kira pembesar-pembesar la ni.

Dah keluar dari pit tak tahu nombor berapa, baru jumpa peta. Maknanya yang awal tadi kami masuk Pit No 2, lepas tu Pit No 3, yang belum ketemu ialah Pit No 1 (yang paling luas). Kami merancang nak ke Pit No. 1 (selepas jumpa peta rasa konfiden), sekali terpergi juga ke kawasan lain. Haha.

Kedai souvenirs dan juga restoran. Hikmahnya tersesat, dapat cool kan diri sebab kawasan ni berhawa dingin. Agak-agaknya di Pit No 1 nanti ada harapan ke nak capture pic close and personal dengan pahlawan tanah liat?

 Dah kira close sangat dah ni ngan durang. Alhamdulillah jadilah.

 Kami guna pintu belakang, tu sebab gambar bontot dulu. Nampak ta,betapa ramainya orang atas nun sedang mengabadikan kenangan? 

Menghampiri

 Berjaya meloloskan diri

Subhanallah, raut wajah, kening, mata, segalanya tak sama. Obses Maharaja Qin nak bawa setiap perincian dari askar, jeneral, kereta kuda, kuda dan segala-galanya ke alam sana. Misterinya, Maharaja tu sendiri sampai sekarang tak jumpa mana makamnya.

Dah sampai, hora hore... Bila aku tengok pic ni aku senyum sendiri mengenangkan betapa struggle nya kami nak mendapat pic acah-acah tada orang di kiri kanan. Walhal... hanya travelmate aje yang tahu. Berebut! Aku dapat pic yang senonoh ni atas ihsan Kak Ita. Dan bila masing-masing dah dapat pic yang sewaktu dengannya, terus lari.

Bagi peluang orang lain lak wei...

 Puas hati masing-masing. Baru boleh pulang ...

 Perkarangan

Tudung dah macam langsir 😂

Terracotta Warrior, Xi'an Part 1

Impian.
Akhirnya.
Jadi.
Kenyataan.

Teruja sangat bila sampai ke kawasan bersejarah ni. Walaupun orang ramai. Walaupun penuh sesak. Walaupun panas berdeting. Walaupun kawasan ni luas ya hamat. Tetap hati riang. Nampak tak betapa pepatah melayu ~ hendak seribu daya tu sebenarnya benar dan sahih!

Nak menyampaikan ke tempat membeli tiket punya jauh. Nampak ramainya pelancong di pintu masuk tak mematahkan semangat. Walaupun dalam hati dah terdetik homaiiii, pukul berapa boleh masuk ni?

Keadaan di dalam tak sedahsyat di pintu masuk. Positif sangat, kan? Walau pun ramai sebegini, membeli tiket tidaklah sampai sejam. Kaunter tiket banyak dibuka. Alangkan aku nak masuk Bukit Merah Lake Town Resort pun lagi lama aku menunggu. 

Tiket dah dapat, beratur lagi nak masuk site.

Dari bangunan kaunter tiket menuju gate di atas pun dah jauh. Dari gate nak ke site pun jauh ya bukan alang-alang. Nasib baik ada disediakan tram. Tapi kena bayar lain, di kaunter berdekatan dengan tram ni ja.

Lepas belek peta, semua decide nak naik tram.

Terima kasih tram.

Kalau nak berjalan pun tiada hal. Kekangan kami Insha Allah bukan kudrat, tapi masa. Cehhhhh masih tak mengaku dah tak lalu nak berjalan. Serius jauh dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kalau autumn syok juga nak layan berjalan kaki sekitar kawasan tempat bersejarah ni. Dan satu hari satu tempat ni ja kau layan, bukan sampai tiga tempat!

Tak perlu banyak alasan, dah naik tram da pun.


Sampai di kawasan utama, tersergam pulak kompleks yang lain. Arah mana nak pergi? Right is always the best, right? Ayuh rakan-rakan, ke kanannnnnn, pusing!


Sini dulu.

Pameran artifak gangsa pada zaman Dian.





 One of my favorite. Aku rasa orang Dian ni kreatif sangat buat monyet pusing keliling macam di atas.


 Gambar bokeh ni susah betul nak buat guna CSC. Untunglah kalau ada smartphone dual camera.


Teruja aku jumpa artifak gangsa. Selama ni tembikar, kayu atau batu. Cantik-cantik pulak tu.

Kat sini ja dah satu jam lebih. Belum jumpa para pahlawan tanah liat lagi ni.

Kembali ke Kompilasi Kembara Wilayah Barat China